Wednesday, December 5, 2012

Felt Ring Pillow lagi~~

Salam.  Lama dah tk ade entry blog ni.  So, hari ni nak kongi cerita pasal ring pillow lg.  Kali ni bertemakan merah dan putih (cream).  Fully hand-made untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan Disember ni. Ring pillow kali ni ade elemen hati berwarna merah diserikan lagi dgn bright red blossom.  Simple sebab yang nak ditonjolkan ialah cincinnya nanti. So, sila lah jamu mata ye. Bye. 

 bright red blossom yang diserikan lagi dgn permata..

hasilnya..

Tuesday, October 30, 2012

Bunga Ros Felt lagi...

Salam.  Di sebabkan malam ni mata cam tk boleh nak tido sbb sejam yg lepas dan pekena secawan kopi... so, rajin pulak tangan ni nak update blog ni.  Semua ni gara2 tengah gila buat bunga ros felt yg mana hasilnya mmg buat aku rasa teruja utk cuba buat bunga lain pulak.  

Yang terbaru, aku telah berjaya menyiapkan bantal cincin yang telah ditempah oleh seorang rakan sekerja sbb anaknya, mcm yg aku penah bgtau dlm entry sblm ni, dia bakal bertunang tengah November ni.  So, ni la hasilnya. 
Tadaa!!

 (ngeh3x..bangga aku bila dah siap..yg penting, yg menempah tu puas hati. Mmg suka sgt sbb kombinasi warna tu yg jadikan hasilnya cantik..tema klasik dan vintage, so aku guna base warna gold, bunga ros dan bunga2 kecik tu pulak warna peach dan baby pink...mmg kena)


 (yg ni pulak dah di tempah oleh seorang sahabat... tema sama, masih klasik & vintage..terserlah bunga tu kan sbb base warna blue black. Cuma yang ini berbeza dari segi touch-up sbb yg ni aku guna butang warna pastel..berbanding yg di atas aku guna manik berlian..so of course nampak lg mewah..)



(Tadaaa!!! yg ni mmg idea dtg spontan. Alkisahnya sorang teman ni pagi2 lg dah bw tin kosong, katanya nk diisikan pensil dan pen. So, dia mintak aku touch-up skit supaya nampak kelainan.  Masa tu tk pulak dia bgtau nak yg mcm mana, so kebetulan tengan giler buat bunga ros felt, so tin tu dibalut dgn felt keras warna ala2 merah inai, bunga2 ros tu warna merah saga dan baby pink, daunnya warna olive green dan bunga2 tu aku tambahkan manik berlian. Di tengah2 (keliling tin tu aku letakkan 2 line ribbon polkadot warna coklat gelap)

Selesai sudah aktiviti menayangkan hasil kreativiti aku dlm seminggu ni. So nantikan cerita terbaru ye..yg pasti berkisar mengenai bunga ros felt lg~~~ Bye!

Tuesday, October 23, 2012

Weeee~~

Salam.  Dah lama tk update blog ni. Jgn2 org pun dah lupa dengan kewujudan blog ni. Almaklum lah..2 bln lebih tk de ape2 cerita.  Tp hari ni kongsi cerita yg agak terbaru jugak la.  Beberapa minggu lepas, sorang officemate ni tempah 15 bijik keychain ladybirds. Katanya nak di hadiahkan pada kengkawan lama.  So, hepi dengar sbb ade jugak org yg tau nak hargai benda2 cam ni. So, last week siap la keychain ladybirds tu. 

(gambar ni di ambil masa tgh sibuk menyiapkannyer..)

So, tunggu la cerita terbaru ye.  Untuk makluman, skrg ni tengah sibuk mengumpul material dan ideas nak menyiapkan bekas cincin utk sorang kawan ni yg mana anaknya bakal bertunang November ni. 

Bye. 

Tuesday, August 28, 2012

~Salam Lebaran 2012~

Selamat Hari Raya semua!!! Dah lama tk de entrty blog ni.. so, untuk mulakan semula kita serikan dgn gambar raya anak2.. maknyer sibuk kat dapur time tu.. ngeh3x..

gelagat anak2 time bgambo raye...

Thursday, July 5, 2012

Pelbagai Kreativiti Felt

Salam.  Tajuk ringkas dan merangkumi segalanya..bukan ape, sebenarnya tak tau nk bagi tajuk ape utk entry kali ni. Almaklum la, dh lama tk update blog ni, so agak tercari2 tajuk yg sesuai.  Kali ni nak updatekan hasil2 sepanjang hampir 3 minggu ni..

Yg ini dedikasi buat adik seorang officemate yang baru2 ini menyambut ulang tahun perkahwinan. Lihatlah hasilnya.. hanya semalaman untuk menyiapkannya.. 

FELT PHOTO OF HAPPY COLOURFUL FAMILY
penuh warna warni... moga kehidupan mereka juga penuh warna warni 

 BROOCH TEMA BIRU sesuai dikenakan bila pakai baju korporat nnti.. khas buat Kak Ani (officemate)

 BROOCH TEMA TURQOISE + PINK... tempahan Kak Ani jugak..

HANDPHONE COVER...yang di tempah Kak Zana (officemate jugak) 

KEY CHAIN BENTUK T-SHIRT...di tempah oleh Hani (officemate) utk anak2 buahnya..

 FELT CHARM ... ni kawan anak dara sy yg tempah..

ni juga..

Sekian dulu buat masa ni.  Nantikan update2 terbaru... 

Bye!

Thursday, June 21, 2012

Rekaan terbaru fridge magnet la konon...

Tadaa...ni nak nunjuk rekaan terbaru yg baru yg baru aje mlm tadi.  Saje je nk bangga diri heheheee... 

 si penguin yg kekembungan...
 ladybird kuning..
sunflower ke ni??

Hmmm...nantikan lebih bnyk fridge magnet utk menghiasi & warnai idup anda!! cewah..Bye

Tempahan oleh Kak Ani & Kak Pah

Salam. Nk enteprem hasil tangan terbaru.  Ni tempahan oleh Kak Ani & Kak Pah (officemate).  Diaorg berdua mintak buatkan brooch. 

 Ni brooch utk Kak Ani, tema warna ceria..

Ni pulak brooch utk Kak Pah, tema 'earth colour'..

Ok, jenguk pulak next entri, pasal rekaan terbaru utk fridge magnet. Bye!

Monday, June 18, 2012

Fathers' Day Signage & Earth Color Brooch

Salam.  Hari ni nak kasi enteprem hasil kreativiti terbaru.  Baru2 ni officemate ade order Fathers' Day Signage..tp br aje dpt di siapkan, fathers' day pun dh blalu sehari. Ape pun alhamdulillah, dia puas hati dan ni la hasilnya...

kat blakang ade suction cup, so sesuai la ditampalkan pada glass wall..


Yg ni pulak brooch double tone earth color yg di order oleh Kak Ani, jugak officemate.  

Bye! Next entri, nantikan pelbagai bentuk fridge magnet..

Thursday, June 14, 2012

Jualan Penghabisan!!



Muncul lg.. tp kali ni bukan nk cerita pasal kraf felt.  Ni nak bgtau, kain english cotton masih ade sepasang lg utk dijual. 


Kalau tgk tajuk entry pun paham kot.. dh nama pun jualan penghabisan, so harga di turunkan lg. Terkini, sepasang hanya RM65.00.  Cepat2..pembeli bertuah bakal mendapat hadiah misteri yg semestinya menarik.  

Jepun...aku dtg..

Salam. Haaa..jgn ade yg ingat aku ni on d way ke Jepun pulak. Sbenarnya, produk aku yg bakal ke sana.  Sejak 2-3 hari ni sibuk menyiapkan tempahan officemate utk dibawa sbg cenderamata di Jepun nnti.  So, hari ni sempat hand-over bnyk ni dulu (seperti dlm gambar). Mlm ni masih ade baki yg perlu disiapkan. Alhamdulillah..walaupun tuannya tk pernah ke Jepun, produknya yg dpt pergi pun jd la.. 

bangga sbb hasil kreativiti sndr dpt ke luar negara ;)



Monday, June 11, 2012

Tempahan Kraf Felt Lg..Alhamdulillah.

Salam.  Ni nak tunjuk hasil kreativiti hujung minggu sebenarnya.  Actually, gambar2 dibawah sumenyer tempahan dari kawan2 dan officemate hubby. So, jom cuci mata.

 ni keychain love shape kombinasi warna turqoise + pink.  Maaf le gambo tk brp nk clear, so turqoise tu nampak cam warna light blue pulak.. mmg aku suka kombinasi warna ni.  Ni di buat khas utk Pn. Lin, officemate aku. Harap2 dia suka la nnti..

 Ni pulak utk remaja ni. Dia mintak buatkan brooch. Bentuk, dia tgk hasil yg aku pernah buat.  Kombinasi warna yg dipilih shocking pink + hitam. Mmg brani anak dara ni. Masa mula2 terima tempahan ni, rasa cam tk kena aje kombinasinya.  Tp bila siap, aku sndr pun suka sbb tk sangka boleh masuk rupanya 2 warna ni. 

masa ni tgh siapkan tempahan keychain ladybird dari kengkawan...

 
 yeayy! sekumpulan ladybird seramai 7 ekor dh siap...nnti nk buat lebih utk fridge magnet pulak..(nmpak tk ade bentuk mushroom terselit kat celah2 ladybirds tu..haaa tu bentuk baru tau)

Ni pulak tempahan dari anak dara sy.. charm utk beg sekolah dia org..sudah tentu yg pink tu utk kak long & yg light blue tu utk kakak..

 cupcake yg belum di 'bakar' lg.. hihihiii.. thanks tu hubby sbb tlg potongkan bentuk cupcake ni.. almaklum la tempahan utk cupcake ni bnyk dan org yg menempah ni pulak nk mcm2 flavour.. kalo kita tgk, ade flavour vanilla, strawberry, blueberry, oren, green tea dan raspberry..ngeh2x

tadaaa! akhirnya, ni compliment utk diri sndr.. asyik buat utk org aje, utk diri sndr pun kena ade jugak kan??
Ok la, dh tk larat nak merapu.. esok lusa cerita lain pulak.. bye!

Friday, June 8, 2012

Pencetus Ilham

Enteprem lg pompuan ni... biasa la bila time bnyk mencurah2 idea tk nyempat2 nk masukkan entry. Mungkin ade jugak yg tertanya2 cam mane leh terjebak dlm kraf felt ni.  Alkisahnya bermula apabila satu hari sorang kakak officemate ni pakai brooch butang yg simple aje, tp menarik dan tertarik untuk buat sndr. Cari punya cari..google punya google, aku pun terbeli la butang2 cantik dari satu e-store ni. Mmg owner dia kreatif menghasilkan kraf yg mgunakan butang2 dan felt. So, secara tk langsung, kraf felt ni pun jd pujaan hatiku hihihi :)

Bercerita pasal brooch butang ni, semalam la first time aku dpt menghasilkan 5 kuntum brooch butang hanya dalam masa sejam. Sila la tgk hasilnya.

buat permulaan, baru 5...nnti nk buat lg.. 

hihi..ni yg membuatkan aku eksaited semacam tu..
Container ni aku beli dgn officemate jugak iaitu tuan punya blog chomeycheeky.blogspot.com
Sonok sgt masa dpt container ni..

Tempahan dari Cik Afzan

Salam Jumaat! Kali ni pulak saje nk nunjuk hasil yg telah siap.  Keychain love shape yg di tempah oleh Cik Afzan (officemate).  Dia nk kombinasi kaler turqoise dan purple. So, hasilnya sila la lihat sendiri. 

tomei tk? ngeh2x..

Wednesday, June 6, 2012

Tempahan dari Cik Hani

Muncul lg dan tk abis2 pasal felt. Ni nak enteprem pasal custom made keychain utk officemate, Cik Hani. Sila jamu mata ye.

 Cik Hani telah memilih warna hijau epal utk keychain berbentuk hati ni. 
 Nak siapkan keychain ni tk lama..dlm stgh jam dh siap sebijik...
tadaa!!! dh siap pun..dijual dgn harga hanya RM2.50. Hopefully Cik Hani suka la nnti..

Bye!

~Saya Suka Kraf Felt~

Salam bersiaran.  Setelah bersawang blog ni..dh tiba masanya di polish balik.  Entry kali ni tak lain tk bukan berkisar pasal kraf felt lg. Hampir 3 minggu aku rehat dlm menekunkan diri dgn kerja2 kraf felt ni..dh tk sabo nk kongsi cerita dan kisah terbaru dunia feltku..cewah! 

Semalam kain felt dan aksesori lain telah sampai. Tp yang paling menarik kali ni, kombinasi kaler kain felt yg paling aku suka. Sila cuci mata dgn kombinasi2 yg ade:

antara warna terbaru yang ade

 kombinasi 'earth colours' yg ade..
(tumpang sekaki ialah fridge magnet tema 'earth colour')

 tema 'gothic' bakal muncul...nantikan tau!

 kombinasi warna2 ceria

kombinasi warna2 terang
(tumpang sekaki ialah fridge magnet ladybird)

Memandangkan cuti sekolah bakal berakhir dlm 4 hari lg, aku tpaksa la menggiatkan diri menyiapkan edisi terbaru yg lagi menarik & fresh. Nantikan kraf felt yang terbaru yang bakal muncul tk lama lg. Bye!

Friday, May 25, 2012

Hasil Kreativiti Berasaskan Felt - Sneak Preview

Salam.  Dalam giat mengharungi virus chicken pox ni, kreativiti felt tak di lupakan walaupun slow down skit sejak akhir2 ni.  Alhamdulillah, hasil sulung telah berjaya terjual hasil tekun Adik Hasif (anak kepada tuan punya blog: shila-muin@blogspot.com).  So, hasil seterusnya terpaksalah tunggu sehingga auntie kembali bekerja.  Dan kebetulan pulak, start minggu depan dah masuk musim cuti sekolah, jualan kraftangan felt kena la stop dulu.  Gambar2 di bawah merupakan hasil kreativiti aku sepanjang bercuti sakit.  Hasil kali ni lebih tertumpu kepada keychain dan brooch.  Sila lah jamu mata. 
 



 

 































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...